Tuesday, July 30, 2013

Dr AK: Iftar Bersama TAMRIN


29 Julai 2013. Iftar bersama TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia) di Hotel De Palma, Ampang. Berpeluang untuk bertemu dengan Presiden, Dr. Tengku Asmadi, Timbalan Presiden, Tuan Ahmad Fadli, Naib Presiden,Tuan Fauzul Na'im serta Tuan Hj. Adam (Irshad Consulting), Tuan Hj. Malek (Focus Learning) dan Tuan Hj. Tajodin (MIM) sebagai ahli forum dan juga Exco TAMRIN seperti Tuan Mohd Nur Firdaus, Tuan Amin Idris serta ahli TAMRIN yang lainnya.

Tahniah kepada TAMRIN kerana berjaya mengadakan program yang baik di bulan yang baik. Insyaallah usaha akreditasi bertaraf dunia berjaya dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Terima kasih atas segala layanan dan kemesraan. Semoga TAMRIN cemerlang dan terus berjalan di atas jalanNya.

P/S: Mulanya nak buat kejutan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah (penasihat tetap TAMRIN), rupanya beliau ada di Berunai. Dato Fadzilah pernah ke Cape Town bersama isteri dan saya sekeluarga meraikan kedatangan mereka dengan menjadi tour guide, bawa melihat tempat-tempat menarik di sana.




Dr AK: Mesyuarat JKAS


29 Julai 2013. Mesyuarat di Jabatan sentiasa meriah dengan aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pelbagai pihak terutamanya universiti dan EAC. Insyaallah sekumpulan pelajar dari Sudan akan datang ke UKM untuk menimba ilmu dari Jabatan Kejuruteraan Awam pada hujung bulan depan. Kebanyakan pensyarah terlibat termasuklah saya yang akan berkongsi ilmu mengenai  "Design of Retaining Wall and Slope Stability" pada 30 Ogos nanti.



Sunday, July 28, 2013

Dr AK: Sabtu Yang Panjang


27 Julai 2013. Bersama Sdr. Tarig ke FRIM Kepong untuk mendaftar bengkel Photoshop kemudian bertolak ke Shah Alam untuk mendengar taklimat mengenai kursus Meta Coaching oleh Hj. Md Taib yang akan diadakan pada 3-10 Disember 2013 nanti.

Untuk menjadi seorang Meta Coach, belanja yang diperlukan ialah sebanyak RM14,000. Alhamdulillah sudah secure RM10,000 buat masa ini dan perlu ikhtiar untuk bakinya saja lagi. Terima kasih kepada Akademi NLP Malaysia yang sanggup untuk membawa masuk program coaching elite ini ke Malaysia, jika tidak belanjanya melebihi RM30,000 kerana terpaksa ke Colorado, USA untuk bersama dengan Dr. Michael Hall. 

Setahu saya kurang dari lima orang Meta Coach (ACMC) di Malaysia di kalangan orang Melayu. Satu peluang yang baik untuk "move forward" serta membantu masyarakat Melayu terutamanya pemimpin atau ketua persatuan/jabatan/syarikat mencapai kecemerlangan untuk diri (self actualizing) serta orang bawahannya. Jika berminat boleh hubungi Akademi NLP Malaysia (03-5513 4588). Boleh semak samada tempat masih kosong.

Selepas taklimat, bertolak ke Kepong pula untuk bengkel Photoshop. Terima kasih Sdr. Hezry dan tim PLF yang mengadakan bengkel secara percuma. Akhir sekali singgah di KFC Sungai Besi untuk berehat dan mengulangkaji Photoshop bersama Sdr. Tarig sementara menunggu azan Maghrib berkumandang dan berbuka puasa. Sampai di rumah sebelum masuk waktu Isyak, hari yang meletihkan tetapi menarik.







Dr AK: Bilik Cinema dan Edutainer


Kalau guru sebegini, tiada masalah pelajar ponteng. "Kelas adalah cinema ilmu dan guru pula adalah edutainer".

Tertanya-tanya pada diri sendiri; berapa pelajar yang hadir kerana minat? berapa pelajar yang minat gembira dengan persembahan? berapa pelajar yang gembira tersentuh hati? berapa pelajar yang tersentuh hati menyambungkan pelajaran sepanjang hayat? berapa yang belajar sepanjang hayat mengamalkan ilmu mereka? berapa yang mengamalkan ilmu berkongsi kepada yang lain? berapa yang berkongsi ilmu mengajar anak-anakku? berapa anak-anakku yang mendoakan kebaikan untuk guru-guru mereka?

dan soalan akhir; BAGAIMANA BOLEH AKU MENGAJAR SUPAYA SEMUA PELAJAR HADIR, GEMBIRA, TERSENTUH HATI, MENYAMBUNGKAN PELAJARAN SEPANJANG HAYAT, MENGAMALKAN ILMU dan BERKONGSI ILMU UNTUK MANFAAT SEMUA?


Wednesday, July 24, 2013

Dr AK: "Understand Quran the Easy Way with NLP", UKM Bangi (3/3)


24 Julai 2013. Hari ke-lima bengkel untuk "Understand Quran the Easy Way" insyaallah tamat pada hari ini. Esoknya akan diadakan bengkel NLP pada sebelah pagi iaitu 9 am - 1 pm. 






Tuesday, July 23, 2013

Dr AK: Bengkel MATLAB dan Artificial Neural Networks, Julai 2013

22-23 Julai 2013. Bengkel MATLAB dan Artificial Neural Networks diadakan di FKAB, UKM. Peserta kali ini terdiri dari penyelidik UPM, UTM, UTP dan MARDI.Teruja dengan semangat mereka yang datang dari jauh untuk berkongsi ilmu tambahan pula di bulan puasa. Bidang penyelidikan mereka ialah Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Awam dan Pertanian. Semoga semua berjaya menggunakan MATLAB dan ANN dalam penyelidikan dan mencapai kecemerlangan dalam pengajian Master dan Doktor Falsafah, insyaallah.








Friday, July 19, 2013

PLF: Warriors of Faith, 20-21 Julai 2013, IIUM



Izinkan saya khabarkan satu GOOD NEWS untuk semua. Anda dijemput hadir untuk melihat persembahan dari PLF (Profesional Learning Facilitators) secara PERCUMA. Ya! FREE saja. Insyaallah jumpa saya di sana. Jom! datang ramai-ramai.

Venue: Mini-Auditorium, International Islamic University Malaysia, Gombak
(sebelah masjid IIUM)

Saturday 20th July 2013
9:30am - 10:00am - Silat Senjata Lapan demonstration & Opening
10:00am - 11:00am - Aryll Monster Gergasi - "Knowing ME"
11:00am - 12:00pm - Shomiriza Shomidon (Mastery) - "The Warrior Within You"
12:00pm - 1:00pm - Hezry Yasin - "I'MPOSIBBLE"

1:00pm - 2:00pm - Solat Break

2:00pm - 3:00pm - Shila Hakim - "M&M: Marketing & Me"
3:00pm - 4:00pm - Dr Izham Nayan - "Ketenangan Jiwa Menembusi Dimensi"
4:00pm - 5:00pm - Rozita Kamil (Mastery) - "Play Is The Way"

Sunday 21st July 2013
9.30am-10.00am - Silat Gayong demonstration & Opening
10.00am - 11.00am - Azmi A. Bakar - "SMART Self-Empowerment"
11.00am - 12.00pm - Fadhil Majid - "Tune Your Mind's Frequency!"
12.00pm - 1.00pm - Mohd Rizal Hassan - "Steps To Create A Warrior's Heart & Mind"

1.00pm - 2.00pm - Solat Break

2.00pm - 3.00pm - Rosidi Sohod (Mastery) - "I Hate Public Speaking"
3.00pm - 4.00pm - Mohd Noor Mohd Tahir - "Beyond Expectation"
4.00pm - 5.00pm - Hanis Jenalis (Mastery) - "Bear In Mind: Simple Memory Techniques For Daily Life"


Wednesday, July 17, 2013

Dr AK: "Understand Quran the Easy Way with NLP", UKM Bangi (2/3)


17-18 Julai 2013. Hari ke-tiga dan ke-empat bengkel "Understand Quran the Easy Way with NLP". 








Friday, July 12, 2013

Dr AK: "Understand Quran the Easy Way with NLP", UKM Bangi (1/3)

10 hb Julai 2013 Bengkel "Understand Quran the Easy Way with NLP" di FKAB, UKM, Bangi.
 

UNDERSTAND QURAN THE EASY WAY WITH NLP
Bilik Seminar 4 & 5, Aras 2,
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (Bangunan Baru), UKM Bangi
Anjuran: KESUTRA, BK Keluarga Santri dan Excel Info

10-11, 17-18 & 24-25 Julai 2013 (Rabu & Khamis)
8:45am (daftar) 9:00 am - 4:00pm (Medium: English/Melayu)
Mr. Tarig Mohamed / Ir. Dr. Anuar Kasa
019-5029428
Maklumat Lanjut: http://bengkelnlp.com/









11 hb Julai 2013 Bengkel "Understand Quran the Easy Way with NLP" di FKAB, UKM, Bangi.