Isnin, 10 September 2012

Dr AK: "Meta-State Engineering"

 

Meta-State Engineering ialah ilmu yang melibatkan minda. Ia bersumber daripada

(1) Neuro-Linguistic Programming (NLP)- primary state
(2) Neuro-Semantics (NS) - meta state
(3) Hipnosis/Hipnoterapi - subconscious level
(4) Grafologi (Analisa tulisan tangan) - external behaviour

Ia dikembangkan melalui bengkel, terapi dan coaching secara profesional.


Kelakuan terjadi apabila kita memberi beberapa lapisan "makna" yang melibatkan fikiran dan perasaan kepada stimulus setelah berlaku aktiviti penapisan (delete, distort dan generalize). Untuk menghasilkan kelakuan yang dikehendaki, kita perlu merekabentuk (design) beberapa lapisan makna yang abstrak dalam minda bawah sedar (subconscious) menggunakan bahasa Milton iaitu bahasa kabur.

"Merekabentuk" adalah tugas yang biasa dilakukan oleh jurutera dan selayaknya dianggap sebagai "Engineering". Oleh itu, istilah Meta-State Engineering adalah bersesuaian dengan tugas seorang "jurutera minda" terutamanya yang mengadaptasi pendekatan Neuro-Semantics oleh Dr. Michael Hall.

Bagi yang biasa dengan pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP) oleh Dr. Richard Bandler yang memberi penekanan kepada submodaliti dan predikat (VAK) untuk merekabentuk wayang minda, istilah Design Human Engineering™ dan Persuasion Engineering™ telah lama digunakan secara meluas. Jadi bukanlah perkara yang baru untuk menggunakan istilah "Engineering".

Dalam Meta-State Engineering, fokus utama ialah "permodelan minda" terutamanya pakar sesuatu bidang supaya kecemerlangan dapat dipindahkan kepada orang lain atau dijadikan sistem yang boleh digunakan oleh ramai. Aplikasinya berguna dalam "expert system", "fuzzy logics" dan "survey" contohnya penggunaan "meta-program" serta meningkatkan keberkesanan rekabentuk kejuruteraan melalui teknik NLP seperti penggunaan sistem representasi diri (VAK), model SCORE dan peringkat neuro-logikal. Untuk contoh aplikasi, <klik sini>

Selain itu ia boleh meningkatkan penggunaan otak kanan (artistik) dan membantu untuk berfikir secara lateral apabila kedua belah otak digunakan secara bersepadu.